Sinopsis Mutiara Hati

Ia mengisahkan kehidupan seorang budak berumur 5 tahun iaitu Nabila (Novi Aulia) yang kehilangan ibu kandungnya. Ibu kandungnya sering muncul di dalam mimpi Nabila. Dia dijaga oleh ayahnya, Aji Darmawan (Lucky Hakim), seorang pengurus di syarikat pembinaan. Guru kelas Nabila di tadika ialah Bu Arini (Inneke Kosherawati), seorang guru yang penyayang serta dedikasi terhadap kerjanya. Bu Arini seterusnya menjadi isteri kepada ayah Nabila, Aji Darmawan.